Pengikut

Memaparkan catatan dengan label kebunalynn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebunalynn. Papar semua catatan

25 Oktober, 2015

Menanam Kesum alahai cik som

Alhamdulillah percubaan kali kedua menanam cik som akhirnyer menjadi..
dgn berbekalkan modal dua ikat cik som rm1.00, besen rm3 dan tanah merah sedia ada..

Rendam dulu pucuk cik som bagi memastikn cik som maintain segar..


kemudian cucuk saje ke dalam besen yg telah diisi tanah merah dan air yg dibiarkan bertakung..

Daun cik som akan layu tp akan kembali segar pada hari kedua..
lepas tu maintain penjagaan mcm biasa..yg pnting air sbb cik som suke kelembapan..

Cik som yg alin biarkan seratus peratus dibawah matahari 
akibatnyer dauk cik som mengering di hujungnya..
pembesaran daun cik som tidak sekata..

Alynn try alihkan ke bawah porch dalam masa kurang dr seminggu semua daun cik som kembali menghijau dan merimbun membesar dgn sekata..
alhamdulillah seronok sgt..

Sesiapa yg berminat nk tanam kesum especially 
mrk2 yg tinggal dibandar boleh lar mencuba kaedah ni..

13 Oktober, 2015

Throwback : Alynn's Kitchen Garden

Terjumpa post blog yg lama tahun 2012..
seperti yg alynn pernah bgtau minat nak bercucuk tanam ni sejak dulu lagi..
tp disebabkan kami ni blk ke rumah weekend shj lama2 tanaman pun merajuk..
kurang kasih syg dan akhirnyer kiokkk wasalam..skrg ni bercita2 nak ada pokok daun kunyit yg lebor2 dedaunnyer rupenyer alynn pernah ada pokok daun kunyit yg boleh tahan ler lebor gak dedaunnyer..kalau nk di comparekan dgn daun kunyit yg ada kat rumah mk skrg ni lahai..
tapi tak per semua ni membuatkan semangat semakin berkobar2 haha..

alynn share tanaman alynn dolu2..full entry click sini
antaranya pokok anggur, limau purut, pisang, daun kunyit, bendi, keladi dan pegaga jepun.

boleh nmpk keadaan tanah yg agak kering kena selalu siram kalau tak fhm2 sendiri lar..
skrg alynn n husband usahkan semula kitchen garden..semoga dipermudahkan..amin..


#adadiantarapokokdalampicniygmasihsetiaberbakti
#walaukamisepertimelupakannya
#semogaterushidupsuburdgnkasihsygkamiskrg

06 Oktober, 2015

Menyemai Benih Sayur, Selasih dan cili

Bekas telur nk dibuang syg, En. Hubby suruh bersihkan (bekas telur dh selamat dlm tong sampah haha..) nk semai benih sayur katanyer..Bekas telur diy hidroponik. En. Hubby semai sayur yg sama..bayam, bendi..

Dan percubaan entah ke berapa puluh kali menyemai pokok cili..try tabur jew benih tak der perkembangan..semai elok2 dlm pot kecil pun sama jugak at last en hubby try semai..rendam dulu benih yg kami beli amik benih yg tenggelam, benih yg terapung maknanyer benih kosong kalau tanam pun mmg takkan menjadi..ok dah try tgk hasilnyer nanti..

Pembantu yg sedia membantu..


Juga pertama kali menyemai pokok selasih..ada jugak benih selasih yg alin tabur pd tanah berhampiran dgn pokok induk tak tau lar menjadi atau tak..selalunyer kecundang so en hubby try semai dgn penuh kesopanan kesusilaan haha..harapnyer ada lar yg menjadi..

Pokok selasih yg alynn tanam bersebelaham dgn pokok cili kuning..

Bunga selasih utk dijadikan benih..
Kredit kpd kyt sbb tunjukkan biji selasih yg ada pada bunga selasih ni..
tanam jew biji selasih ni kan kak betul kew??

Biji selasih yg telah dikeluarkan dr bunga..
en hubby try rendam biji selasih wangi letak dlm sirap pun sedap kan?

#semogamenjadi
#tumbuhawgarbagaijuara

01 Oktober, 2015

Pokok Pudina Perlukan Cahaya

Selepas berjaya membiakkan daripada satu pasu pudina kepada 4 pasu pudina alynn 
dpt detect pudina merupakan tumbuhan yg memerlukan cahaya..

lihat pic pokok pudina dibawah..
Semua daun pudina senget kearah pencahayaan matahari sbb ms ni alynn letak pudina di bawah porch takot kalau letak direct matahari pudina yg baru nak membesar akan patah biler hujan lebat. Nmpk tak cantik pudina tumbuh senget haha..

Kemudian alynn letak pudina direct matahari dgn harapan pudina kembali tegak semula..hasilnya semua pudina kembali tegak..ni salah satu pasu pudina a.k.a pasu pudina pertama yg alynn biakkan.


Daun pudina juga semakin melebar dgn jayanya..happy sgt..
daun yg melebar ni cadangnyer nk biakkan dua bekas lagi nak bagi opismate..


#alhamdulillah

27 September, 2015

Hasil Pokok Cili Tanamanku

Alhamdulillah dah 3 minggu alynn menanam pokok cili..daripada sejenis pokok cili dr cameron alin beli lagi pokok cili dan sekarang alynn dah ada 4 jenis pokok cili berlainan jenis..
semua pokok cili alynn tanam di Rumah Sendayan..harap2 nyer pokok cili membesar 
tanpa serangan makhluk perosak amin..

Selalu nyer pokok cili yg alynn beli sebelum ni hanya merasa sekali tuaian maknanyer biler kite beli pokok cili sememangnyer sudah sedia berbuah dan sebelum dialihkan ke pasu yg lebih besar tuai dulu cili yg sudah matang..lepas tu pokok cili alynn tak dpt diselamatkan lgi..mengering layu diserang bena, semut daun menjadi hitam dan akhirnya tak dpt diselamatkan..huhu..

Tapi kali ni keterujaan berganda sebab sejak 3 minggu yg lepas sudah tiga kali tuaian cili tak pernah putus..alhamdulillah..smlm blk dr beraya di melaka alynn sempat singgah sendayan utk melihat pokok tanaman setelah 2 hari ditinggalkan..alhamdulillah semua nyer masih subur.

Waktu mencemburui hari menginjak senja dlm kesempatan yg ada alynn sempat harvest cili yg nmpk dipandangan mata kasar..yg tersorok tu mybe next time harvest..

Hasilnya :
Walaupun tidak lar begitu bnyk tp dah cukup menggumbirakan hati ku..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...