Pengikut

25 Oktober, 2015

Menanam Kesum alahai cik som

Alhamdulillah percubaan kali kedua menanam cik som akhirnyer menjadi..
dgn berbekalkan modal dua ikat cik som rm1.00, besen rm3 dan tanah merah sedia ada..

Rendam dulu pucuk cik som bagi memastikn cik som maintain segar..


kemudian cucuk saje ke dalam besen yg telah diisi tanah merah dan air yg dibiarkan bertakung..

Daun cik som akan layu tp akan kembali segar pada hari kedua..
lepas tu maintain penjagaan mcm biasa..yg pnting air sbb cik som suke kelembapan..

Cik som yg alin biarkan seratus peratus dibawah matahari 
akibatnyer dauk cik som mengering di hujungnya..
pembesaran daun cik som tidak sekata..

Alynn try alihkan ke bawah porch dalam masa kurang dr seminggu semua daun cik som kembali menghijau dan merimbun membesar dgn sekata..
alhamdulillah seronok sgt..

Sesiapa yg berminat nk tanam kesum especially 
mrk2 yg tinggal dibandar boleh lar mencuba kaedah ni..

16 Oktober, 2015

Our Breakfast By Mr. Asben

Rasanye masih belum terlambat utk alynn mengucapkan Salam Maal Hijrah..
semoga kehidupan kite semua lebih diberkati dan sentiasa dibawah perlindungan Allah swt ameen..

Cuti sempena Maal Hijrah kami berkesempatan utk balik ke Sendayan..
dpt lar pagi tu alynn bermesra dgn tanaman kesayangan..tgk2 apa yg patut sambil menunggu mr asben menyiapkan breakfast..mr asben yg volunteer, walau sekadar roti telur plus daging cincang xtra mayonis tp air tangan mr asben semua pun jd sedap kan..alhamdulillah 

Mamarazzi sempat snap piccas mr asben hihi..

13 Oktober, 2015

Throwback : Alynn's Kitchen Garden

Terjumpa post blog yg lama tahun 2012..
seperti yg alynn pernah bgtau minat nak bercucuk tanam ni sejak dulu lagi..
tp disebabkan kami ni blk ke rumah weekend shj lama2 tanaman pun merajuk..
kurang kasih syg dan akhirnyer kiokkk wasalam..skrg ni bercita2 nak ada pokok daun kunyit yg lebor2 dedaunnyer rupenyer alynn pernah ada pokok daun kunyit yg boleh tahan ler lebor gak dedaunnyer..kalau nk di comparekan dgn daun kunyit yg ada kat rumah mk skrg ni lahai..
tapi tak per semua ni membuatkan semangat semakin berkobar2 haha..

alynn share tanaman alynn dolu2..full entry click sini
antaranya pokok anggur, limau purut, pisang, daun kunyit, bendi, keladi dan pegaga jepun.

boleh nmpk keadaan tanah yg agak kering kena selalu siram kalau tak fhm2 sendiri lar..
skrg alynn n husband usahkan semula kitchen garden..semoga dipermudahkan..amin..


#adadiantarapokokdalampicniygmasihsetiaberbakti
#walaukamisepertimelupakannya
#semogaterushidupsuburdgnkasihsygkamiskrg

Luncheon Nasi Arab Mandhi

Weekend luncheon dgn nasi arab..dah lama tak masak2..maksudnyer tak masak yg lain dr kebiasaan..teringatkan pes nasi arab yg dh lama alynn beli tp tak masak2 jugak hihi..
nak perap ayam takder kerajinan kebetulan ada voucher ayamas rm20 jom ler kite ke ayamas sajork..alynn beli sekor ayamas percik dan sengah ekor ayamas blackpapper..

Ahamdulillah syukur atas rezeki allah..
Nasi arab, Sambal hijau dan salad homemade..

Alynn share pes nasi arab yg alynn gunakan sepeket rm18..



10 Oktober, 2015

Cekur, Daun Kunyit, Pegaga, Kunyit Hitam Dari Opismate

Seronoknyer biler opismate a.k.a kyt bgtau nk bg pokok daun kunyit..pokok daun kunyit yg ada dekat rumah tak berapa nk membesar dgn jayanyer..dgn harapan lepas jumpa geng pokok daun kunyit alynn membesar bagai juara..amin..

Seronok bercampur teruja sbb bukan shj dpt pokok daun kunyit tp dpt sekali dgn cekur biasa, cekur batek, pegaga kg dan kunyit hitam..thanks kyt..

Ini lar pokok pemberian kyt..semoga hidup subur dibwh penjagaan alynn..

06 Oktober, 2015

Menyemai Benih Sayur, Selasih dan cili

Bekas telur nk dibuang syg, En. Hubby suruh bersihkan (bekas telur dh selamat dlm tong sampah haha..) nk semai benih sayur katanyer..Bekas telur diy hidroponik. En. Hubby semai sayur yg sama..bayam, bendi..

Dan percubaan entah ke berapa puluh kali menyemai pokok cili..try tabur jew benih tak der perkembangan..semai elok2 dlm pot kecil pun sama jugak at last en hubby try semai..rendam dulu benih yg kami beli amik benih yg tenggelam, benih yg terapung maknanyer benih kosong kalau tanam pun mmg takkan menjadi..ok dah try tgk hasilnyer nanti..

Pembantu yg sedia membantu..


Juga pertama kali menyemai pokok selasih..ada jugak benih selasih yg alin tabur pd tanah berhampiran dgn pokok induk tak tau lar menjadi atau tak..selalunyer kecundang so en hubby try semai dgn penuh kesopanan kesusilaan haha..harapnyer ada lar yg menjadi..

Pokok selasih yg alynn tanam bersebelaham dgn pokok cili kuning..

Bunga selasih utk dijadikan benih..
Kredit kpd kyt sbb tunjukkan biji selasih yg ada pada bunga selasih ni..
tanam jew biji selasih ni kan kak betul kew??

Biji selasih yg telah dikeluarkan dr bunga..
en hubby try rendam biji selasih wangi letak dlm sirap pun sedap kan?

#semogamenjadi
#tumbuhawgarbagaijuara

05 Oktober, 2015

Tumbesaran Benih Air Tangan Hubby

Al kisahnyer sejak dua menjak menjadi ahli kebun bandar : jom tanam sendiri semangat nak bercucuk tanam semakin berkobar-kobar hihi..semangat beli benih itu ini dan akhirnyer yg menyemai benih adalah en.hubby..thanks yang krn merealisasikan hajat isterimu ni..

Ada 4 jenis benih yg en. Hubby semai lupe nk letak penanda sudahnyer sayur apa yg membesar ni pun tak pasti sayur apa haha..cuma yg cornfirm adalah pokok bendi sbb dulu pernah tanam bendi..

Benih yang baru berusia 4 hari selepas disemai..en. Hubby tak letak bnyk anak benih dlm satu pot katanya senang nanti nk alihkan ke pasu besar..baek boss hihi..

Benih berusia 7hari / 1 minggu..
Jelas kelihatan pokok bendi..
Bekas ala2 diy hidropnik ni en hubby yg buat tp kena selalu pastikan tiada jentik2 tau..

Lattest pic 3 Okt yg lalu..
Pokok bendi tunggu ms dan tmpt yg sesuai utk dialihkan..cuma satur dlm bekas pink tu tak pasti sayur apa tp tumbesaran nyer lemah gemalai maybe mmg jenis sayur ni amik masa nk membesar..

#berbudipadatanah
#semogadptmerasasayurairtgnsendiri
#amin

01 Oktober, 2015

Pokok Pudina Perlukan Cahaya

Selepas berjaya membiakkan daripada satu pasu pudina kepada 4 pasu pudina alynn 
dpt detect pudina merupakan tumbuhan yg memerlukan cahaya..

lihat pic pokok pudina dibawah..
Semua daun pudina senget kearah pencahayaan matahari sbb ms ni alynn letak pudina di bawah porch takot kalau letak direct matahari pudina yg baru nak membesar akan patah biler hujan lebat. Nmpk tak cantik pudina tumbuh senget haha..

Kemudian alynn letak pudina direct matahari dgn harapan pudina kembali tegak semula..hasilnya semua pudina kembali tegak..ni salah satu pasu pudina a.k.a pasu pudina pertama yg alynn biakkan.


Daun pudina juga semakin melebar dgn jayanya..happy sgt..
daun yg melebar ni cadangnyer nk biakkan dua bekas lagi nak bagi opismate..


#alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...