Pengikut

25 Mei, 2011

" TABIAT ISAP JARI "

Sejak kecil lagi Danish suker hisap jari. Pernah juga kitaorg bg Danish pacifier tp Danish xreti mesti terkeluar smula dr mulut  nyer. Drpd sumber bacaan yg boley dipercayai,  lebih tiga suku bayi gemar menghisap jari sehingga ke usia setahun (Tp Danish dah 2 thn..) Tabiat ini dilakukan kerana rasa seronok dan mententeramkan diri sendiri. Hurmm..Danish isap jari siap berbunyi2 lagi sonok sgt..


Tapi dr hari ke hari hati jadi risau plak coz untill today Danish still isap jari lebey2 lagi kalau peganag bantal busyuk nyer..Lepas minum susu pun Danish akan isap jari..(maknanya Danish isap jari bkn krn haus atau lapar) Ada pendapat mengatakan, bayi yg suka menghisap jari boleh memudaratkan lelangit dan menggangu pertumbuhan gigi. Betul ker? Bayi sebenarnya mempunyai sifat ingin menghisap secara semula jadi. Setengah bayi akan menghisap jari apabila mereka berasa penat (penat mmg iyer coz lasak), bosan (Danish perlukan kwn kew) atau perlukan belaian (rsnyer terlebey belaian). Kelakuan ini adalah normal. Tabiat ini akan berkurangan apabila mereka mempelajari benda-benda baru. Kebiasaannya, tabiat sebegini akan hilang apabila bayi makin menhingkat usia.


Sementara itu menurut kajian yang dilakukan oleh American Dental Association, turut bersetuju, tabiat menghisap jari tidak akan memudaratkan dan menyebabkan masalah kepada pertumbuhan gigi dan gusi kecuali jika ia diteruskan melebihi usia empat hingga lima tahun. Kajian mendapati antara 85% hingga 99% kanak-kanak akan berhenti menghisap jari atau tangannya sebelum mencecah usia ini. Pakar kanak-kanak juga bersetuju tabiat itu tidak perlu dirisaukan kerana ia boleh berhenti sendiri pada usia lima tahun. (Huhh..statement yg melegakan kami)


Bagaimanapun kira-kira 15% kanak-kanak akan terus menghisap jari selepas usia lima tahun dan dalam keadaan inilah ia boleh mencetuskan masalah perhubungan sosial dengan rakan sebaya apabila sudah masuk sekolah.Selain itu, tabiat ini juga boleh mencetuskan masalah gigi apabila berlanjutan sehingga lima tahun, apabila gigi dewasa mulai mengambil alih gigi susu. Ia dikatakan boleh menjejaskan masalah mengunyah dan masalah lain kepada jari seperti kulit kering dan jangkitan kuman. 


Penyelesaian:-

  • Rawatan bermula dengan disiplin ibu bapa. Misalnya, hadkan masa dan tempat anak anda boleh menghisap jari. Selain itu, jauhkan dia daripada benda-benda lain yang boleh dikaitkan dengan tabiat menghisap jari seperti selimut atau bantal (Aduh part nie yg payah sket coz lau xdpt bantal sure danish merengek, tp kena usahakan jugak nihh..)

  • Anda juga boleh memuji atau memberinya galakan untuk membuang tabiat itu. Kalau anak berusia lima tahun, dia lebih mudah memahami mengapa tabiat itu patut dihentikan. Beritahunya mengapa dia perlu berhenti menghisap jari dan kesannya.

p/s: kalau ada rakan2 bloggers yg mmpunyai pengalaman yg sama sharing lar yerr..apa2 pun kami akan cuba jln2 penyelesaian diatas..







2 ulasan:

Nor Iman Hashim berkata...

xpe alynn comei jer danish isap jari...hehehehe...

aLyNnZ berkata...

comel mmg comel..tapi....:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...