Pengikut

16 Jun, 2010

Antibiotik Utk Kanak2...BAGUS KER?

Adoaii puan alynn..
Kembalikan semangat ku...eee kembalikan mood akuu..(puja diri sendiri..)
This week cam xder mood ntah lar..
xder mood nk mengupdate blog kecayunk ngan..
Nk jln2 blog kwn2 nk komen pun..xder semangat.
Sehingga esok yg akan merungkai segala persoalan dihati..
If the answer is NO, Langkawi menjadi tmpt aku release kekecewaan..

Ok lar lupakan hal itu..
Jeling2 tajuk n3 diatas..
Antibiotik utk kanak2..bagus ker..?
Yang menjadi persoalan member2 aku bwk anak ke klinik sure doc bekalkan antibiotik..tp anak aku doc xbg antibiotik pun..? Aku mintak br lar nk bg..knp? Pd pandangan mata kasar aku kelebihan klau bg anak antibiotik demam, selsema atau batuk sure cepat shat..Tp amik antibiotik ada side effect x? Jom kita bc artikel di bawah..


Pengenalan
Antibiotik adalah perkataan latin. "anti" bermakna berlawanan (against) dan "bios" bermaksud hidupan (life). Antibiotik adalah sejenis ubat yang mempunyai kesan toksid yang khusus ( selective toxicity) di mana ia akan membunuh organisma yang mengjangkiti tubuh tanpa memberi kesan buruk kepada tubuh itu sendiri. Akan tetapi, dos perlu berada dalam lingkungan yang selamat dan mampu untuk membunuh organisma, ini dipanggil theraputic effect. Kurang dos menyebabkan antibiotik tidak berkesan manakala berlebihan boleh menyebabkan toksid.
*
*
Kenapa antibiotik perlu dihabiskan?

Antibiotik dan bakteria yang menjangkiti tubuh pesakit mempunyai perkaitan yang sedikit aneh. Bakteria mempunyai kapasiti untuk menjadi "kebal" (resistant) daripada antibiotik tersebut seandainya ia tidak dihapuskan sepenuhnya. Kesannya, antibiotik tersebut tidak akan berkesan lagi untuk jangkitan seterusnya. Walapun simptom pesakit bertambah baik, ia tidak bermakna semua bacteria telah dihapuskan. Oleh itu, dos antibiotik yang diberi, perlu dihabiskan agar bakteria tersebut hapus sepenuh seterusnya mengelakkan fenomena resistance berlaku.
*
*
Adakah antibiotik membunuh virus?


Tidak. Antibiotik tidak membunuh virus. Mungkin akan lebih difahami dalam huraian soalan seterusnya. Jangkitan virus mempunyai beberapa persamaan dengan jangkitan bakteria. Pesakit akan mengalami demam, sakit tekak, selsema dan batuk. Tetapi ada beberapa kriteria pembeza yang saya tidak berhasrat untuk menjelaskan di sini kerana mungkin tidak berapa sesuai dan boleh menyebabkan artikel terlalu panjang.

Mungkin cukup sekiranya saya nyatakan, sekiranya doktor suspek pesakit mempunyai jangkitan virus, doktor tidak akan memberi antibiotik. Ubat yang dipreskripsi akan lebih menjurus kepada rawatan simptom seperti ubat batuk, demam dan selsema. Jangkitan virus akan hilang dalam seminggu atau 2 minggu sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
*
*
Bagaimana antibiotik bertindak?

Antibiotik akan bertindak pada peringkat sell (cellular level). Caratindak antibiotik boleh dibahagikan kepada beberapa cara. Sebahagiannya bertindak dengan menghentikan proses sintesis protein bakteria, ada yang menghalang pembentukan dinding sel, dan ada yang menghalang proses metabolisma dalam sel bakteria tersebut. Oleh sebab cara tindak yang begini, antibiotik tidak berkesan terhadap virus. Virus mempunyai struktur kejadian yang berbeza.
*
*
Antibiotik dan kanak-kanak?



Secara generalnya, antibiotik boleh diberikan kepada kanak-kanak sekiranya jangkitan bakteria berlaku kepada mereka. Apa yang berbeza ialah seleksi (pemilihan) jenis antibiotik untuk mereka. Bayi, kanak-kanak dan perempuan mengandung adalah kumpulan-kumpulan pesakit yang khas, yang memerlukan pemilihan antibiotik yang sedikit berbeza daripada golongan remaja dan dewasa. Ada sesetengah antibiotik mempunyai kesan kepada pertumbuhan kanak-kanak. Justeru, ia perlu dielakkan.

*
*

Kesan sampingan antibiotik?



Satu perkara yang mesti kita ingat, setiap ubat ada kesan sampingan. Justeru, jangan ambil mudah dengan ubat.Antara kesan sampingan yang boleh berlaku kesan pengambilan antibiotik ialah alahan. Adalah penting untuk memastkan pesakit tidak allergy pada antibiotik sebelum antibiotik diberi kepada pesakit, bagi mengelakkan alahan berlaku.Selain kesan toksid akibat daripada pengambilan berlebihan. Oleh itu, adalah sangat penting untuk makan antibiotik dalam dos yang ditetapkan.
*
*
Penutup



Kesedaran masyarakat tentang keperluan untuk menghabiskan antibiotik masih lagi kurang. Ini boleh menyebabkan fenomena resistance berlaku dalam masyarakat dan mengakibatkan antibiotik biasa tidak lagi berkesan dalam merawat jangkitan bakteria. Oleh itu, kesedaran dan maklumat ini perlu disebarluaskan untuk mendidik masyarakat menjadi lebih tahu seterusnya mengelakkan fenomena resistance ini daripada berlaku.
 
Perhatikan rambut Danish bahagian dpn yg semakin panjang..
Last weekend adalah misi bersama wan nyer mencantas rambut Danish..
 
Sekian, Wassalam...

5 ulasan:

NURUL berkata...

raina pernah kena demam,flu, batuk yg teruk masa umur dia 4 bln tak silap tp pi klinik yg byran dia boleh tahan jugak la pun doc tak bg antibiotic ni. pelik jugak.

maszmadi berkata...

hm, mase aisha seseme 2 bln lpas, dr ader bg antibiotik dlm bntuk syrup.. tp x bg pon, tkut la nnti ader side effect.. hm, ntah la.. aku pon smpai skrg x mkn antibiotik kalu dr bg.. hehe

maszmadi berkata...

e'eh, umah cat baru erk?? bru pasan.. bersinar2 la.. auch auch!! ((sakit mate la konon).. hehe

LIP (^_^) berkata...

baru2 ni emill my son selsema and batuk doc tak bagi antibiotik dia kata nanti akan membunuh kuman yang baik tu (yg ada dlm vitagen,nutrigen etc tu)..

Nadiah Sidek berkata...

takde mood ke..ptt la dah brp hari tak update. semua ubat ada side effect sbb tu sy tak suka mkn ubat (pdhal tak suka mkn ubat! hehe..). tak tanya ke knp Dr tak bg antibiotik kat danish?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...