Pengikut

28 Mei, 2015

Resepi Nasi Ayam Best

ok kali ni atas permintaan jugak alynn sharekan resepi Nasi Ayam Best utk u olss.. act, resepi ni alynn dpt drpd iman yang sama2 beria nak masak nasi ayam..so kredit to iman sbb sudi share resepi ni dgn alynn..in sha allah kalau betul2 follow step dibawah nasi ayam u olls akan menjadi..
masak dengan kasih syg kannnn...

pic ulang tayang..lepas ni tak moh tayang lagik dahh..haha..
part peha awal2 lagik dh kena terkam..so mama amik yg isi nyer ala2 manja gitew..


Jumlah Hidangan 4 Orang makan

Bahan-Bahan :-

Bahan untuk ayam (direbus) :

  • 1 ekor ayam dipotong 8 (kalau isi rumah tak ramai pepandai ler kurangkan ayam eh..)
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 2 cm halia, ditumbuk halus
  • 1 kiub ayam
Bahan untuk ayam (diperap) :
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1 susu besar sos tiram
  • 1 cm halia, ditumbuk halus
  • 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
  • 1 sudu besar kicap cair
  • sedikit madu untuj sapuan
Bahan  untuk nasi : 3 cawan beras
  • 4 cawan air rebusan ayam
  • 2 sudu besar butter
  • 1 cm halia ditumbuk halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • sedikit garam
  • 2 bunga lawang *
  • 4 buah pelaga *
  • 1 kayu manis *
  • 1 batang serai ketuk
  • sedikit kunyit serbuk untuk warna dan aroma
Bahan untuk sos :
  • 6 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar, dikisar
  • rempah sup bunjut
  • garam
  • daun sup dan daun bawang yang dihiris
Bahan untuk kicap :
  • kuah kicap perapan ayam diatas
  • kicap manis (ikut lar jenama apa pun hihi..)
  • sedikit garam
  • air rebusan ayam
Cara Penyediaan:

Cara untuk ayam:

  1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
  2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
  3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
  4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi:

  1. Basuh beras dan tos air.
  2. Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup:

  1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos:
  1. Kisarkan semua bahan di atas.
  2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap:
  1. Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

u olls kalau dah tru resepi ni helo2 lerrr hihi..




1 ulasan:

Nor Iman Hashim berkata...

dapnyer tbuke selera tgk ns ayam alin nie...
nanti kite tukar2 resepi eh...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...