Pengikut

25 Julai, 2014

Kehilangan atuk tersyg

as salam..
tak lama lagi umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri..meraikan hari kemenangan bersama insan tersyg..namun begitu hasrat kami sekeluarga utk meraikannya bersama atuk tidak kesampaian..

Pd 24 Julai 2014 bersamaan dgn 27 Ramadhan atuk kesayangan telah pergi menemui Ilahi..hati bagai direntap pemergiaannya tanpa disangka namun Allah lebih menyayanginya..

Alhamdulillah, selama arwah atuk sihat sehingga lar arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir arwah berada dirumah mak..2 minggu sblm pemergiaannya arwah semakin hari semakin uzur..kami sekeluarga bersyukur di pilih Allah utk menjaga dan menghabiskan sisa2 hidup arwah bersama kami..memori terakhir bersama arwah akan kekal dlm ingatan kami sekeluarga..

Setiap saat dan ketika kami sentiasa berdoa agar tiada sekelumit rasa beban dlm menguruskan arwah..sebagaimana arwah menjaga anak2 nya dahulu..alhamdulillah dipermudahkan..

Semoga arwah atuk dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...