Pengikut

24 Mac, 2013

Apa itu BUAH TIN dan khasiatnya ??

~~ Salam Jumaat~~

Jgn konfius buah tin yg kecut2 warna coklat..warna oren tu buah apricot..
Masa hubby beli ni adik yg jual tu tanya beli utk isteri yer bang, isteri abg mengandung yer..hubby taknak memanjangkan citer terus angguk je mengiakan..apa kena mengenadan kebaikan buah diatas pada perempuan mengandung..? jom kite tgk list yg alynn senaraikan..


Riwayat dari Abu Zar r.a bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan”.

Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah ( segar ). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi didalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. Vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.Kandungan nutrisi terkandung dlm buah tin kering adalah seperti berikut :

Protin – 4.3gm
Lemak – 1.3gm
Mineral – 2.4gm
Serat – 5.6gm
Karbohidrat – 63.4gm
Tenaga – 274kcal
Kalsium 126mg
Forforus – 77mg
Zat Besi – 3mg
Vitamin C 1mg


Antara penyakit yang boleh diikhtiarkan penyembuhannya melalui pengambilan buah tin secara konsisten dua kali sehari paling kurang selama 40 hari adalah :

1.Membersihkan buah pinggang dan rawatan buah pinggang yang rosak
2.Mengurangkan kepanasan badan ketika demam
3.Memecahkan batu karang di dalam badan
4.Menyegarkan badan yang lesu 
5. Mengeluarkan toksin dan racun dalam badan
6.  Rawatan buasir membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnyer mengecutkannya
7. Meredakan sakit kulit seperti ruam , panau dll
 8. Rawatan penyakit GOUT
9. Mengurangkan batuk yang berpanjangan dan melapangkan dada
10. Membersihkan hati (kidney) dan jantung
11. Membersihkan lendir dalam usus
 12. Membantu melawaskan kencing
 13. Menyembuhkan penyakit bengkak telinga
14. Mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Bnyk khasiat nyer yg membantu menyembuhkan penyakit2 kronik tp takder 1 pun utk perempuan mengandung..u ollz ada yg tau tak  boleh sharing kat alynn..?

3 ulasan:

nea lopah berkata...

salam kenal..polow sini juga. Mmg bnyk khasiat nya. sehinggakan ada surah khas menceritakn buah tin.

aLyNnZ berkata...

menyelerakan sungguh..sesekali pekena lempeng mmg umphh..

dah follow..:)

Nafira usof berkata...

memang suka sangat2 makan buah2 kering cam nih.. sedap~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...