Pengikut

22 Mac, 2013

Kiraan Waktu Subur Wanita Bagi Haid Yang Tidak Teratur

~~As Salam~~
Ok n3 utk wanita lagi sempena hari Jumaat yg barakah..Bagi wanita yg menghadapi  masalah kitaran haid yg tidak teratur jgn sedey medey k..sbb alynn pun lately menghadapi masalah yg sama tak tau ler hormon apa yg mariii tp yg pasti ada jln penyelesaiannyer..jom kite bongkar!!


Wanita yang mempunyai kitaran haid tetap tentu tiada masalah untuk determine fertile window sebab bagi wanita yang periodnye tetap 28 hari contohnya, fertile window ialah antara hari ke 10 atau hari ke 15 period cycle. So, lebih mudah nak plan..
  Tetapi, ada juga wanita yang mempunyai masalah period tak teratur. Kejap 26 hari kejap 31 hari kejap 28 hari. Haa..tu satu masalah yang agak rumit gak la untuk mengenalpasti bila fertile window ni. huhu.
Kita memang digalakkan eh bukan lagi digalakkan tapi memang wajib menanda di kalendar setiap kali waktu haid. Bermula dengan menyimpan rekod bertulis kitaran haid selama sekurang-kurangnya 8 bulan ke 12 bulan berturut-turut. Tandakan hari pertama darah haid keluar sebagai hari pertama dan hari terakhir periode bagi kitaran haid itu.



Menghitung masa subur kitaran haid tidak normal :


  1. Daripada rekod kitaran haid yang kita catat selama sekurang-kurangnya 8 bulan berturut-turut, pilih yang terpendek kitarannya.Tolakkan 18 daripada hari kitaran haid terpendek dah ianya menjadi hari pertama bagi hari pertama kesuburan kita.
  2. Tolakkan 11 daripada hari kitaran haid yang terpanjang dan ianya menjadi hari terakhir kesuburan.
Contoh:
Bulan
Kitaran Period (Hari)
Feb
28
March
29
April
31 (Kitaran haid terpanjang)
Mei
29
Jun
30
July
26 (Kitaran haid terpendek)
Ogos
28
September
30
Jadi,

Untuk hari pertama kesuburan,
Kitaran haid terpendek (26hari) - 18 = 8
Untuk hari terakhir kesuburan,
Kitaran haid terpanjang (31) - 11 = 20
Maka,
Dalam contoh diatas, waktu subur wanita period tidak teratur ini adalah pada hari ke 8 hingga hari ke 20 setiap bulan. Kalau kita tgk waktu nyer lebih panjang berbanding dgn waktu wanita yg mempunyai kitaran haid yg normal lebih kurang 5 hari shj. oleh krn zaman skrg suami isteri bekerja( faktor masa dan kudrat) so, dlm menjayakan usaha murni ni perlu persefahaman diantara pasangan.  Tuhan maha kuasa menjadi kan sperma lelaki tahan lebih lama so selebihnya hanya tawakal..wallahualam..

Note : next n3 - kalau payah2 sgt nak mengira alynn akan share cara yg lebih mudah..tungggguuuu..

6 ulasan:

ieda immi berkata...

dah lama tinggalkan kiraan ini ;)

maszmadi berkata...

susah nak faham kira2 nieh... so pandai2 lah, moga dengan usaha n tawakal, yang diidamkan jadi kenyataan.....
ameen

aLyNnZ berkata...

Ieda immi : ieda dah lama tau yer camner nak kira..betul ker apa yg alynn share ni? Sbb alin pun br nak memahami..huhu

aLyNnZ berkata...

Maszmadi : betul kak alin baca2 google meng google jenuh gak nak kira nak fhm..lagi2 kalo periode yg tak brp teratur nie..huhu..kite berusaha tuhan yg menentukan kan kak..

Fadilah Hassan berkata...

thanks for the info Fadilah Vitashop

Fadilah Hassan berkata...

best la info ni...jemput jengah rumah saya ye Fadilah Vitashop

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...