Pengikut

23 Mac, 2013

Tanda - Tanda Anda Sedang OVULASI

~~ As Salam ~~

Yaaahooo..seronok sgt sbb hari ni cutiii !!
Danish sejak dah tau apa makna nyer cuti..
Dan dgr jew mama ada plan ayik ler tanya..
" ecok mama cuti ker..? "
cth nyer smlm kan melayan hero tgk movie Bola Kampung..
So, hr sblm nyer asyik ler tanya " ecok mama cuti ker..? "
Kena lar jwb " tak lar esok mama keje..mama balik keje br kite g tgk wayang k ? "
Danish jwb " Oooooo.." (paham ke idak ntah ler hihi..

Walaupun cuti alynn still nak share yg berkaitan wanita..n3 berkisahkan tanda-tanda ovulasi..
selain dr cara mengira tarikh subur yg pernah alynn share disini  ada cara lain tau..hihi
so, para wanita diluar sana leh ler baca n3 alynn dgn tenang waktu cuti2 begini kan..kan..? 

( Bismillah..kena tarik nafas dalam2 sbb ni n3 panjang tanpa gambar...tp pd siapa yg benar2 ingin mencuba pasti tak berkelip utk menghabiskan n3 nie..hihi)

Cara yang paling mudah untuk menentukan masa subur anda ialah dengan memberi perhatian kepada badan anda dan belajar mengawasi tanda-tanda yang ovulasi itu akan berlaku.  Kemudian eloklah anda membiasakan diri dengan kitaran perubahan hormon dan fizikal yang berlaku pada diri anda setiap bulan. 

• Perubahan mukus serviks. Beberapa kajian mendapati bahawa mengesan perubahan mukus serviks adalah cara yang tepat dan berguna bagi wanita untuk meramalkan hari yang paling subur mereka. Apabila kitaran anda berjalan, volum mukus serviks anda meningkat dan bertukar tekstur. Volum yang banyak dan perubahan tekstur menunjukkan peningkatan tahap hormon estrogen dan memberitahu anda bahawa ovulasi akan berlaku dalam sedikit masa. Anda dianggap paling subur apabila mukus itu menjadi jernih, licin dan anjal. Peranan mukus ini adalah bagi memelihara, melindungi dan mempercepatkan sperma dalam perjalanannya naik melalui uterus dan masuk ke dalam tiub falopio untuk pertemuan dengan telur anda. Ramai wanita mengatakan yang mukus yang berlebihan dan berair pada tahap ini sama seperti putih telur. 

• Sakit pinggang. Sebanyak seperlima wanita dapat merasa aktiviti ovulasi, yang merangkumi sakit-sakit dari yang ringan kepada sakit tajam dan menusuk. Ada wanita yang menggambarkannya sebagai "sakit pinggang sebelah" atau keradangan di tempat spesifik. Kondisi ini, bergelar mittelschmerz (sakit di tengah), berlanjutan dari beberapa minit hingga ke beberapa jam. Jika anda perasan sakit serupa pada masa yang agak sama setiap bulan, periksalah kondisi mukus serviks anda juga. Sakit ovulasi boleh menjadi panduan berguna bagi setengah wanita untuk mengetahui ruang subur mereka. 

Mungkin ada tak menyedarinya, tapi mungkin ada tanda-tanda lain yang menunjukkan yang anda berada di masa yang paling subur. Kajian-kajian tentang perubahan penampilan dan perlakuan sepanjang kitaran haid telah menjadi lebih popular kebelakangan ini. Fikirkan kembali kitaran haid anda dan anda mungkin dapat mengesan bahawa separuh daripada yang berikut menjadi lebih ketara apabila anda mendekati ovulasi. 

• Rasa seksi dan suka memikat. Libido meningkat, perasaan riang dan lebih sosial adalah tanda-tanda yang anda berada di masa paling subur. Anda mungkin sedar akan peningkatan perasaan berahi semasa anda berada dalam fasa ovulasi di kitaran haid anda. Samada berkahwin atau tidak, semasa berada dalam ruang subur wanita suka keluar rumah, terutama ke tempat-tempat di mana mereka boleh bersosial dengan lelaki lain, bergurau dan cuba memikat. Jika berkahwin, anda mungkin sedar yang pada masa ini suami menjadi lebih cemburu dan lebih memberi perhatian. 

• Kelihatan bergetah, bergetah, bergetah! Kajian mendapati bahawa kedua-dua aspek iaitu perasaan berahi dan kecantikan diri iaitu daya-tarik meningkat semasa anda mendekati ovulasi. Kajian baru-baru ini melaporkan yang wanita menyatakan mereka merasakan diri lebih menarik dari segi rupa dan bentuk badan pada masa subur ini. Anda juga akan kelihatan menarik kepada orang lain sebab wanita lebih mengambil berat tentang kecantikan diri semasa mereka subur. Dengan tidak disedari, anda mungkin memilih baju yang menambahkan daya-tarik anda dan lebih berusaha berdandan dan menghias diri; dan wanita kelihatan lebih bergetah lebih hampir kepada ovulasi. Walaupun kita tidak fikir kita juga menggunakan peragaan seksual, seperti terdapat di dunia haiwan, namun, kita tetap menggunakan muslihat feminin kita untuk menarik perhatian jejaka yang utama dalam hidup kita. 


• Bau yang membuat lelaki gila. Anda bukan saja kelihatan cantik, bau anda juga amat, amat menghairahkan! Adalah didapati bahawa wanita berbau secara lebih menggodakan lelaki apabila mereka dalam fasa ovulasi berbanding masa-masa ruang subur telah berlalu. Anda mungkin menyangka yang tiada siapa mengetahui yang anda sedang ovulasi, tetapi feromon yang sememangnya ada, membuka rahsia. 

Fuhhh....abis senafas..senafas ker? so apa yg korang dpt nilai persamaan info n3 ni dgn diri korang sendiri..? mesti ada yg tersenyum2 simpul kan? Ok,  Kalau alynn apa yg dpt alynn kenalpasti adalah sakit pinggang..sakit ari2 perut..sblm ni ingatkan sakit nak periode semula tp cam pelik sbb br je pas abis periode..so, skrg setiap kali dpt tanda2 tu alynn dah tau knp..



2 ulasan:

Unknown berkata...

eh! banyak plak yang mengena ngan zura.. hehehehe.. bab lebih kuat memikat tuh pon yer.. a.k.a lebih gatal bila ngan hubby..ahaks~

mekasih yer atas info ini..
salam kenal dan folo kat sini..:)

aLyNnZ berkata...

Nafira usof : kan kaaau tak semua yg mengena pasti salah satunyer pernah kita alami kan..swbelum ni alin pun tak pernah tau dan amik tau..rugi gak sbg qanita tak tau hal wanita kan..?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...