Pengikut

19 Mac, 2013

Cara menentukan hari subur wanita

~~Assalammualaikum~~

Wanita-wanita diluar sana..
(lelaki jgn kecik hati sbb n3 kali ni lebih berpihak kpd wanita..
tp lelaki yg bergelar suami atau pun yg akan bergelar suami perlu tahu info nie..)

Hati terpanggil utk sharing info mengenai cara-cara menentukan hari subur wanita yg mana alynn sendiri tak pernah amik tau berkaitan hal subur tak subur ni..Masih ingat lagi periode alynn tetap pada 3 bulan berturut2 sblm kahwin dan Alhamdulillah alynn disahkan hamil selepas sebulan berkahwin..syukur rezki dr Allah..

So, skrg umur dah 31 thn rasa rugi sgt2 sbg wanita yg tak tau perihal wanita. 
Bg alynn mencatat tarikh bermula period setiap bulan sudah memadai tp sebenarnyer tidak.
Saper yg masih ingat subjek berkaitan ni kite belajar ms tingkatan brp? Ingat tak? Ok lar kalau tak silap alin subjek sains ms tingkatan 3..then soalan berkaitan menstruasi boleh dikatakan soalan favourite tiap kali exam sure kuar soalan ni tak objektif mesti masuk soalan esei kan..kan..? Pastu dah blaja tp tak praktikkan jd ler mcm alynn ni skrg br nak mendalamai semula..huhu..info ni alynn cedok dr blog Dr Azwan ..


Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat..(tak pernah lagi guna cara ni hihi..)

FAHAMI KITARAN HAID

Agak kompleks untuk dihuraikan sebenarnyer kena faham betul2..InsyaALLAH dipermudahkan..
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28 – 30 hari. 
Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. 
Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapa fasa dlm kitaran haid yg lebih mudah utk difahami.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid dtg, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dlm sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa i ni, hormon setrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.



Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui falopio ke rahim.

Hari 15 – 28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil  progestrone di rembes daripada sarangnya ( corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyewaan berlaku, maka dinding i ni akan runtuh sebagaimana runtuhnyer  tembok Berlin (perumpamaan). Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Secara Ringkasnya boleh dilihat dlm gambarajah dibawah.





So, alynn harap info yg alynn sharing dpt membantu wanita2 diluar sana..secara tak langsung kite tau biler masa yg sesuai dan tak sesuai utk mendapatkan zuriat, menambah zuriat dan menjarakkan kehamilan dll.
n3 ni pun utk alynn jugak..senang kalau nak rujuk semula bukak jew blog tak payah susah2 nak google2 lagi kan..? 

InsyaALLAH next n3 alynn share info utk wanita2 yg menghadapi masalah haid tidak teratur utk menentukan  hari subur..ada kira2 an nyer..
kena blajo matematik ler pulokkk...

till then

4 ulasan:

myfara FLK berkata...

akak kasi cepat buat n3 kiraan kesuburan kite nak tau..harus belajar nie nak dapat baby cepat..

wahida berkata...

bagus info ni...tengs sharing...

aLyNnZ berkata...

Myfara : nanti akak sharing eh mai..tunggguuu..moga n3 ni dpt membantu serba sedikit..

aLyNnZ berkata...

Wahida : info yg alynn sendiri sedang dalami..hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...