~~Assalammualaikum~~
Wanita-wanita diluar sana..
(lelaki jgn kecik hati sbb n3 kali ni lebih berpihak kpd wanita..
tp lelaki yg bergelar suami atau pun yg akan bergelar suami perlu tahu info nie..)
Hati terpanggil utk sharing info mengenai cara-cara menentukan hari subur wanita yg mana alynn sendiri tak pernah amik tau berkaitan hal subur tak subur ni..Masih ingat lagi periode alynn tetap pada 3 bulan berturut2 sblm kahwin dan Alhamdulillah alynn disahkan hamil selepas sebulan berkahwin..syukur rezki dr Allah..
So, skrg umur dah 31 thn rasa rugi sgt2 sbg wanita yg tak tau perihal wanita.
Bg alynn mencatat tarikh bermula period setiap bulan sudah memadai tp sebenarnyer tidak.
Saper yg masih ingat subjek berkaitan ni kite belajar ms tingkatan brp? Ingat tak? Ok lar kalau tak silap alin subjek sains ms tingkatan 3..then soalan berkaitan menstruasi boleh dikatakan soalan favourite tiap kali exam sure kuar soalan ni tak objektif mesti masuk soalan esei kan..kan..? Pastu dah blaja tp tak praktikkan jd ler mcm alynn ni skrg br nak mendalamai semula..huhu..info ni alynn cedok dr blog Dr Azwan ..
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan
mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan
daripada mendapat zuriat..(tak pernah lagi guna cara ni hihi..)
FAHAMI KITARAN HAID
Agak kompleks untuk dihuraikan sebenarnyer kena faham betul2..InsyaALLAH dipermudahkan..
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28 – 30 hari.
Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari.
Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28 – 30 hari.
Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari.
Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.
Terdapa fasa dlm
kitaran haid yg lebih mudah utk difahami.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa
pengeluaran haid (menstruation) – ketika ini darah haid keluar. Hari pertama
period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini
bermula. Pada hari pertama haid dtg, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat
selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin
merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa
hari di dlm sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa
follicular. Pada fasa i ni, hormon setrogen meningkat. Ketika fasa follicular
ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan
mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan
menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu
proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada
sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil
Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma
akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui falopio
ke rahim.
Hari 15 – 28
Ini dipanggil fasa
luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis
hormone dipanggil progestrone di rembes
daripada sarangnya ( corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin
menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyewaan
berlaku, maka dinding i ni akan runtuh sebagaimana runtuhnyer tembok Berlin (perumpamaan). Proses akan
mengalami kitaran semula pada hari 1.
Secara Ringkasnya boleh dilihat dlm gambarajah dibawah.
So, alynn harap info yg alynn sharing dpt membantu wanita2 diluar sana..secara tak langsung kite tau biler masa yg sesuai dan tak sesuai utk mendapatkan zuriat, menambah zuriat dan menjarakkan kehamilan dll.
n3 ni pun utk alynn jugak..senang kalau nak rujuk semula bukak jew blog tak payah susah2 nak google2 lagi kan..?
InsyaALLAH next n3 alynn share info utk wanita2 yg menghadapi masalah haid tidak teratur utk menentukan hari subur..ada kira2 an nyer..
kena blajo matematik ler pulokkk...
till then
4 ulasan:
akak kasi cepat buat n3 kiraan kesuburan kite nak tau..harus belajar nie nak dapat baby cepat..
bagus info ni...tengs sharing...
Myfara : nanti akak sharing eh mai..tunggguuu..moga n3 ni dpt membantu serba sedikit..
Wahida : info yg alynn sendiri sedang dalami..hihi
Catat Ulasan